Kawan lama yang sentiasa berhubung hari tu datang rumah dengan keluarganya. Ikutkan , bukannya jauh pun , dia bermastautin di KL dan saya di Melaka. Semasa cuti sekolah dia sering balik ke Tangkak , rumah ibubapanya. Selalunya bila nak balik ke KL dia akan singgah rumah. Kali ni dia hendak membawa anak-anaknya berjalan-jalan keliling bandar Melaka. So akak suggest malam nanti pergi River Cruise di Taman Rempah Melaka. Akak suka pergi cruising waktu malam sebab lebih cantik dengan lampu yang berwarna-warni dan tidaklah panas sangat......
Jom kita bersuka-suki dengan gambar pemandangan yang dapat dilihat sepanjang river cruise tu .....
 |
Teringat masa kecil ikut mak pergi pasar besar Melaka , kalau naik teksi turun dekat dengan Masjid Kg Hulu mesti lalu jambatan ni turun je sampai pasar. Dulu jambatan ni dari kayu saja dan bawah jambatan ni penuh dengan bot-bot nelayan. |
 |
Ini ialah bahagian belakang surau yang dekat Kg Jawa , ingat lagi dekat dengan surau tempat paling popular untuk menjamu selera dengan satay perut , daging dan ayam paling best. Mee Kari dia juga teramatlah sedapnya.Betul-betul depan kedai satay tu seberang jalan ada cina buat terompah dibawah rumah....nostalgia betul.Sekarang ni semua tu dah takde lagi dah.. |
 |
Yang ini ialah gereja St. Francis Xavier di Bandar Hilir |
 |
Ni semua dulu tempat gudang(godown) simpan barang-barang dagangan yang dibawa masuk ke Melaka melalui sungai. Sekarang dah jadi kedai barang-barang kraftangan dan cofee shop or rest house |
 |
Ini kincir air depan bangunan Stadthuys tu.. |
 |
Salah satu keistimewaan rumah Melaka ialah tangga batunya. |
 |
Ni jambatan depan Kg Morten.. |
 |
Selepas naik River Cruise pergi berjalan-jalan di Kg Morten untuk melihat keadaan dengan lebih dekat lagi...tadi tengok dari dalam bot je |
 |
Ini ialah kawasan air pancut berirama . depan sedikit daripada Kg Jawa tadi.. |
Walaupun dah pergi beberapa kali tapi masih belum puas lagi...so kawan-kawan kalau datang Melaka jangan lupa masukkan dalam itinery tu untuk naik River Cruise.....especially waktu malam...
g malam memag best kak.. kalu siang..aduhaiiiii...
ReplyDelete