Wednesday, May 9, 2012

Khazanah peninggalan emak...

Sedang mencari sesuatu dalam almari tiba-tiba terlihat satu kotak yang dah lama diletakkan di situ. Mula-mula tertanya-tanya juga apalah pulak dalam kotak ni sebab dah lama sangat terletak dalam almari tu. Bila dibuka terasa sayu le pulak....rupa-rupanya barang-barang yang lama dah disimpan. Inilah peninggalan mak..dulu mak kata , masa anak-anak dara yang sedang bertunang akan dikerah oleh emak masing-masing untuk membuat sendiri barang-barang perhiasan bilik pengantin dari hasil tangan sendiri. Rupa-rupanya dulu-dulu kerja tangan tekat-menekat telah lama dilakukan di Melaka (ingatkan Perak saja yang ada kesenian tekat-menekat ni) , tapi mungkin kerana kurang diberi perhatian tentang pentingnya khazanah lama ini diturunkan maka perkara-perkara yang begitu tinggi nilai seninya pupus begitu saja.

Tak tau buat apa dengan khazanah ni jadi disimpan aje , dulu masa kahwin ada juga gunakan dua keping daripada tekat yang kecil tu buat bantal letak tangan masa bersanding. Sekarang entah mana perginya tak dapat dikesan....

So...jom kita susuli jalan kenangan...

Dalam kotak kasut je...
Digulung dengan kemas ,tak tau cara menyimpan dengan betul..



Ini kata mak , digunakan untuk penyeri pintu kelambu pengantin..


Tekatan di zoom , katanya pakai benang emas (bukan betul-betul kot...yang diwarnakan aje agaknya)

Ni tak tau guna tuk apa..

Dilihat sulamannya jarak dekat..

Ni bentuk rectangular , kecil saja , dalam 12cm X 17cm ...yang inilah yang akak buat bantal letak tangan masa kawin dulu , one pair....ntah mana le perginya...

Jarak dekat..

Yang ini pun sama macam atas cuma lain design..

Ni dah zoom...

Ni sama bentuk macam yang pink tu , tapi besar sikit..

Jarak dekat..

Yang ni pulak panjang dalam 5 meter X 12cm , katanya untuk buat perhiasan pada bibir katil...cantik ni..


Ni jarak dekat..




Semua kedua-dua yang atas tu pandangan jarak dekat untuk yang panjang tu..
Itu saja untuk set ini ya...ada banyak lagi barang-barang peninggalan emak yang saya rasa sangat menarik dan berharga bagi saya...pinggan mangkuk , barang perhiasan and so on...next time boleh tambah lagi..




No comments:

Post a Comment