Thursday, May 3, 2012

Hati-hati di jalanraya

   Patut rasanya dikongsi pengalaman pertama dan satu pengajaran untuk dijadikan iktibar bagi semua anak-anak yang baru setahun jagung mendapat lesen memandu.
    Kejadian ini berlaku hampir 5 - 6 bulan yang lalu. Anak ke-3 yang baru saja menghabiskan foundation untuk ke IPT dan sedang bercuti meminta kebenaran ke perjumpaan alumni rakan-rakan seasrama di sekolahnya. Memandangkan untuk kesana agak jauh dan sukar mendapatkan kenderaan , saya membenarkan dia menggunakan Kembara saya yang jarang-jarang digunakan kerana tuannya sudah mendapat kereta baru. Pada awalnya terfikir juga untuk menjualnya tapi kerana memikirkan banyak jasanya pada kami sekeluarga dan tidak ada langsung kerenah , rasa sayang pulak. Jadi ia hanya digunakan apabila anak-anak balik bercuti semester Universiti masing-masing.
   Nak dijadikan cerita semasa di highway selepas Tol Simpang Empat dalam kawasan Pedas kereta buat hal. Katanya enjin ada bunyi (maybe bunyi timing belt kot), jadi dia pun berhenti di tepi highway. Padahal tak tau apa-apa pun pasal kereta. So ada lah seorang mamat ni berhenti menanyakan masalah. So rekomenlah anak saya untuk ditarik kereta ke worksyop. Katanya tak mahal ni kalau nak repair cuma dalam RM 80/=
     Yang si bujang saya ni pun setujulah tanpa menelefon kami dahulu. Padahal kalau dia telefon PLUS bukan jauh pun nak dihantar kereta ke Tol Spg Empat. Akhirnya kereta ditarik sampai ke worksyop di NILAI 2. 
Seterusnya inilah yang berlaku....... MALANG SUNGGUH..



 Kerana menunggu terlalu lama mekanik baikki kereta anak tertidur  dan apabila dia sedar enjin kereta telah dicabut dan tergantung dalam
bengkel....


Enjin kereta yang telah dikeluarkan , kerana takut kena marah sibujang tidak balik ke rumah sebaliknya pergi ke tempat kerja abangnya di Hosp. Serdang. Tokey India tu sanggup hantar samapi ke sana free of charge .....nak tau kenapa????



Haahhh....sebabnya kata tokey kedai INDIA tu , enjin kereta sudah banyak yang rosak , kalau mau betul semua kena bayar dalam RM 2 000/= upah TOW truck RM 300/=.... So abangnya terpaksa pergi ke worksyop sampai bertegang urat dan akhirnya terpaksa report polis.....di balai polis difahamkan bahawa worksyop ni memang sudah banyak melakukan penipuan serupa so dia advice to report ke tribunal pengguna... My God tak lelap tidur dibuatnya kerana memikirkan apalah pulak India ni akan buat pada kereta kesayangan saya tuh...

After a few days , tribunal telefon untuk pergi ke worksyop nak buat siasatan....so on the same day kami mesti pergi sama kerana kalau dia dah tahu kita buat tribunal report dan lambat mengambil kereta , takut dia menganiaya kereta saya..


So , at that moment terpaksa cari Tow truck dari Melaka untuk tarik keluar kereta dari worksyop tu ke worksyop yang kami dah biasa.....pada awalnya tokey tu minta kami bayar upah tow truck RM 150/= , upah keluarkan enjin RM 600/= , upah pasang semula enjin RM 600/= kalu tidak dia akan saman kami......so tribunal personnel tu cakap if you nak saman you've to go through mahkamah tribunal dan bayar RM 3 000/=.....terus dia senyap


Selepas berbincang akhirnya  kami setuju membayar upah Tow truck dan upah keluarkan enjin RM 300/= keseluruhannya... Inilah bahagian-bahagian enjin yang dah dileraikan....


Akhirnya kereta dapat dikeluarkan pada hari yang sama.....terima kasih pada ke-dua-dua adik dari tribunal , minta maaf tak ingat nama kerana kerja anda yang effision dan berdiplomasi sehingga proses mengeluarkan kereta berjalan lancar dan tak lupa adik ku sayang Mardhiah dan suami kerana tolong carikan tow truck dengan cepat dan RM300/= pun terbang and also tak lupa Azlin tersayang...in the end upah baikpulih kereta nearly RM 2 000/=

Mahalnya pengajaran yang ko belajar Encik Aiman tak kisah....

MORAL OF THE STORY.....lain kali jangan ketepikan ibubapa dalam membuat apa-apa keputusan....berbincanglah dulu...




No comments:

Post a Comment