Friday, December 25, 2009

MY WARDROBE

Beads and Sequins

Cuti sekolah ni ada banyak betul jemputan kenduri kahwin. saudara-mara , kawan-kawan dan jiran-tetangga dah macam tradisi lak , bila cuti sekolah je maka ramai yang akan membuat majlis perkahwinan. Ada yang dipenuhi jemputan dan ada juga jemputan yang tak dapat dihadiri kerana ada perkara-perkara lain yang perlu diutamakan. Untuk rakan-rakan , saudara-mara dan jiran tetangga yang menjemput kak  ke majlis masing-masing terima kasih dan maaf kerana ada yang kak tak dapat hadir disebabkan ada perkara-perkara lain yang tak dapat dielakkan. Cerita pasal majlis jemputan ni nak sambung le posting kak tentang WARDROBE kak aritu. Biasalah kan bila nak prgi majlis mestilah pasang badan , satu lagi design jahitan manik dan sequin pada baju yang kak pakai aritu untuk dikongsi dengan kengkawan..... O.K. tak geng .... baju kurung biasa tapi glamourkan sikit dengan blink-blink.....hihihihi...










Gambar yang ini kak tunjukkan design jahitan manik pada leher dan tangan.









Saturday, December 5, 2009

KURSUS JAHIT LANGSIR

Semalam semasa sedang jahit langsir tuk bangunan baru tempat kerja , kawan telefon ajak gi kursus  jangka pendek jahit langsir di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Tanpa fikir panjang terus setuju sebab selama ni jahit langsir main hentam je , janji ada rupa langsir. So arini pas subuh terus bersedia tuk gi , selalunya cuti-cutinya lepas subuh sambung balik tidor. Mula kursus kul 8 pagi , terpaksa bersiap awal.

Projek kali ni jahit scallop dengan swag untuk pintu.





geng sedang menunggu cikgu datang



 
sedang tekun membentuk scallop , kat depan tu swag yg dah siap dilipat....

Tuesday, December 1, 2009

MY WARDROBE

BAJU KURUNG WITH BEADS N SEQUINS

Ok kawan-kawan nak sangat kongsi tentang corak-corak jahitan manik dan sekuin pada pakaian yang korang ada setakat ni dalam almari tu. Kot-kot ada corakcorak yang menarik boleh ditiru hehehe... Orang pempuan biasa le kan ....Kat bawah ni nak tunjuk sikit koleksi saya ......Jom cuci mata ....


 baju ni pakai masa raya aritu , dah lama tempah. raya aji ni tak buat baju  , so amek je yg dalam   almari tu , syam canne ok tak. ni kat tailor baru yg lama dah kensel hancus sume baju yg kak ngan ita buat aritu sorry le ,,,,,
yg lelain tu nti bila ada masa posing , kak post lg eh , satu-satu le nanti takde modal nak post lak hehehehe...

Friday, November 27, 2009

MY CHILDREN'S ACHIEVEMENTS

AIMAN'S



 
Just had his graduation day after finishing his form five in SBPI Selandar. Congrats dear but there're still long way to go to achieve your set goals. Anyway good luck  in your SPM hope alls well goes well...


  Posing gile nih hihihiii......


AYUNI'S

Just got her 5A's Academic Awards only after a lapse of 2 years. Well at least something rather than nothing  hehehe.... Sekolah dia buat anugerah cemerlang UPSR untuk 3 tahun sekali iaitu 2007 , (Ayuni punya batch le tu) , 2008 dan 2009. Kesian gak kat dia sebab memula dia ingat batch dia takde buat anugerah cemerlang ni sebab abang-abang dan kakak dia semuanya ada so frust gak dia tapi ok le better late than never. Sekurang-kurangnya boost sikit semangat dia .... thanks SKPR dan TAHNIAH...





Haa ni pulak semua  plak yang dia bawa balik ari tu.Terperanjat dan gelihati jugak sebab dia boleh dapat anugerah pelakon terbaik kat asrama dia. waaaaaa bley ganti erra fazira nanti.
Plak yg biru tu Anugerah Gemilang Hari Koku dan satu lagi untuk hari Kecemerlangan SBP untuk Bola Keranjang Piala Toh Puan Datin Hajjah Siti Zainab. Pingat tu pulak untuk johan 4 x 100 satu lagi Tempat kedua hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan. Keep it up gal.  Slow down a bit next year... It's your PMR exam  and target for the best, STRAIGHT A'S ok....



Tuesday, November 24, 2009

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua. Ini adalah post pertama saya so sebelum meneroka lebih jauh lagi dalam dunia saya , nak mulakan dulu dengan doa-doa yang saya rasa elok tuk kita amalkan supaya kehidupan kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Tq Zana kerana beri kak e-mail ni dan kak nak kongsi perkara yang baik dengan kawan-kawan ....
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas