Beads and Sequins
Cuti sekolah ni ada banyak betul jemputan kenduri kahwin. saudara-mara , kawan-kawan dan jiran-tetangga dah macam tradisi lak , bila cuti sekolah je maka ramai yang akan membuat majlis perkahwinan. Ada yang dipenuhi jemputan dan ada juga jemputan yang tak dapat dihadiri kerana ada perkara-perkara lain yang perlu diutamakan. Untuk rakan-rakan , saudara-mara dan jiran tetangga yang menjemput kak ke majlis masing-masing terima kasih dan maaf kerana ada yang kak tak dapat hadir disebabkan ada perkara-perkara lain yang tak dapat dielakkan. Cerita pasal majlis jemputan ni nak sambung le posting kak tentang WARDROBE kak aritu. Biasalah kan bila nak prgi majlis mestilah pasang badan , satu lagi design jahitan manik dan sequin pada baju yang kak pakai aritu untuk dikongsi dengan kengkawan..... O.K. tak geng .... baju kurung biasa tapi glamourkan sikit dengan blink-blink.....hihihihi...
Gambar yang ini kak tunjukkan design jahitan manik pada leher dan tangan.
Gambar yang di sebelah ni adalah bahagian bawah baju kurung kak , juga dijahitkan manik dan sulaman yang ringan. Yang manik berjurai tu kak jahit pada bahagian depan je. Kalau sekeliling rasanya tak praktikal sebab takut tersangkut-sangkut kat kerusi kalau kita duduk tapi jahitan sulaman dan manik pada tepi baju kak jahitkan sekeliling baju kurung kak. Ok tak?????
memang blink blink.. kenapa sikit sangat post ni kak jun?.. hehe tak pe for a start.. harap dah sekolah ada lagi banyak bahan..kita ni ala2 wartawan..
ReplyDelete