Tuesday, May 29, 2012

Mugs collection...

Sedang membelek barang-barang lama dalam almari peninggalan mak dirumah pusaka tadi , bermacam-macam jenis pinggan mangkuk cawan-cawan dan bekas-bekas tembaga terdapat di dalamnya. Sebelum diambil gambar untuk di muatkan di sini untuk berkongsi keunikkan barangan ini dengan kawan-kawan terpaksa dicuci terlebih dahulu barangan itu. Maklum sajalah dah bertahun dalam almari tu , jadi keadaannya pun penuh diselaputi  habuk. 

Kalau nak tunggu dicuci dan dilap hingga kering malaslah pulak. Jadi , kita cuci mata dulu dengan mug-mug yang tak berapa kotor , cuma dilap saja dengan kain. Mug-mug ni bukan collection mak ni , tapi kepunyaan kakak yang tidak dibawa ke rumah baru....tapi ada satu dua tu mak punya , sebab rasa tak sabar nak keluarkan disini iaitu gelas polis dan NAAFI tu.

Mari kita tengok....


Akhirnya....suka suki je dia..

Ingat lagi tak posting yang terawal tentang bunga-bunga orkid akak yang telah dipulihara semula oleh Hang Kebun. Kebanyakkan pokok-pokok orkid tu semua mengeluarkan bunga-bunga dengan seikhlasnya dan beberapa pokok pula macam hendak tak hendak saja. Satu pokok ni langsung tidak menunjukkan semangat nak keluarkan bunga , tapi baru-baru ni terperanjat tengok tiba-tiba bunga yang dihasilkan telah berkembang dengan cantiknya , menunjukkan tuannya sudah lama tidak membelek orkid. Agaknya sudah hilanglah merajuknya tu sebab dicampakkan bawah pokok rambutan dulu selepas beberapa lama dipujuk Hang Kebun akhirnya lembut juga hati si orkid tu...

Mari kita cuci mata....

Suka tengok warnanya yang terang.




Lepas ni nanti mama beli pasu baru eh...sayaaannnggg hehehe..

Cantikkan???


Thursday, May 24, 2012

Suka-suki je River Cruising di Melaka

Kawan lama yang sentiasa berhubung hari tu datang  rumah dengan keluarganya. Ikutkan , bukannya jauh pun , dia bermastautin di KL dan saya di Melaka. Semasa cuti sekolah dia sering balik ke Tangkak , rumah ibubapanya. Selalunya bila nak balik ke KL dia akan singgah rumah. Kali ni dia hendak membawa anak-anaknya berjalan-jalan keliling bandar Melaka. So akak suggest malam nanti pergi River Cruise di Taman Rempah Melaka. Akak suka pergi cruising waktu malam sebab lebih cantik dengan lampu yang berwarna-warni dan tidaklah panas sangat......

Jom kita bersuka-suki dengan gambar pemandangan yang dapat dilihat sepanjang river cruise tu .....





Makanan suka-suki orang melaka..

Orang Melaka ni memang terkenal dengan keramahannya. Setiap kali kalau kita bertandang ke rumah saudara-mara atau kawan-kawan perkara wajib bagi tuan rumah ialah menghidangkan makanan untuk tetamu. Bagi tuan rumah kalau tetamu datang ke rumah mesti dijamu kalau tidak rasa kurang sempurna layanannya...

So lets see....apa yang sering kita jumpa di bawah tudung saji orang Melaka...

Ini adalah yang paling sinonim sekali dengan orang Melaka......cincalok perah asam limau dan hirisan bawang besar dan patahkan cili padi...perrrgghhh meleleh air hidung ...hahahaha.....sumber  :  kenalimelaka.blogspot.com



Monday, May 21, 2012

Asam Pedas Tumis ....



Semenjak dua menjak ni selera ni asyik nak makan asam pedas je. Dalam satu dua minggu nampaknya dah berapa kali dah ni masakasam pedas. Jadi teringin juga nak kongsi resepi orang dulu-dulu  masak asam pedas tumis dari Melaka. Tak susah pun main campak-campak je....hehehe..

Ok jom kita ke dapur...




Bahannya ialah seketul belacan (ni buatan tangan industri kg dr Melaka , banyak dijual di pasar borong RM2.50 satu ketul kalau beli banyak dpt le murah) bawang merah , bawang putih dan sedikit lada hitam (kalau suka pedas lebih menyengat tambah le ikut suka hati)

Sunday, May 20, 2012

Fettucini carbonara.....pun campak-campak je

Dah lama juga tak makan fettucini carbonara ni. Hari ni macam teringin pulak. Tengok stok di dapur tu ada bahan-bahan nak masak fettucini kecuali udang. So bersiap kejap nak pergi shopping udang di Tesco Cheng. Alhamdulillah ada , dan cantik-cantik pulak tu , sekilo dalam RM16.00. Beli lebih-lebih sikit , untuk masak lauk esok. So jom main campak-campak je...

First sekali , masak air dalam rice-cooker...

Masukkan garam (secukup rasa...ikut kuantiti fettucini) dan minyak dalam air tu... sementara tunggu air panas sediakan bahan tumis..

Fettucini dalam setengah bungkus.

Wednesday, May 9, 2012

Khazanah peninggalan emak...

Sedang mencari sesuatu dalam almari tiba-tiba terlihat satu kotak yang dah lama diletakkan di situ. Mula-mula tertanya-tanya juga apalah pulak dalam kotak ni sebab dah lama sangat terletak dalam almari tu. Bila dibuka terasa sayu le pulak....rupa-rupanya barang-barang yang lama dah disimpan. Inilah peninggalan mak..dulu mak kata , masa anak-anak dara yang sedang bertunang akan dikerah oleh emak masing-masing untuk membuat sendiri barang-barang perhiasan bilik pengantin dari hasil tangan sendiri. Rupa-rupanya dulu-dulu kerja tangan tekat-menekat telah lama dilakukan di Melaka (ingatkan Perak saja yang ada kesenian tekat-menekat ni) , tapi mungkin kerana kurang diberi perhatian tentang pentingnya khazanah lama ini diturunkan maka perkara-perkara yang begitu tinggi nilai seninya pupus begitu saja.

Tak tau buat apa dengan khazanah ni jadi disimpan aje , dulu masa kahwin ada juga gunakan dua keping daripada tekat yang kecil tu buat bantal letak tangan masa bersanding. Sekarang entah mana perginya tak dapat dikesan....

So...jom kita susuli jalan kenangan...

Dalam kotak kasut je...
Digulung dengan kemas ,tak tau cara menyimpan dengan betul..

Monday, May 7, 2012

Jom masak , campak-campak je....

Semalam selepas beberapa lama dapur tak berasap terasa pulak nak makan hasil air tangan sendiri. Biasanya kami (saya dan sibujang saya yang cuti semester) makan kedai saja , tapi rasa dah jemu pulak asyik makan kedai saja. Buka peti ais , ada ayam sebungkus yang dibeli beberapa hari lalu , tujuan nak buat chicken chop , tapi kalau semua famili ada bersama seronok juga tapi tinggal berdua ni malas le pulak. So chicken chop dah bertukar ke sambal goreng kicap bermadu (HONEY ye bukan yang lagi satu tuh...hehehehe) menu yang sangat disukai oleh semua ahli keluarga....

Ok , jom le kita ke dapur memasak....campak-campak aje kata orang dedolu...


Sediakan bahan , bawang merah , halia , bawang putih (untuk penumis) sepatutnya ada serai dua tiga batang tapi kat luar tu hujan le pulak , so ape yang ada lah.. (kalau ada serai ketuk-ketuk je dengan anak lesung)
Lagi bahan , cili kering dikisar dan bawang besar..
Madu (dulu ada orang asli datang jual madu dari hutan yang asli dan sedap sekarang dah lama dah dia tak datang so terpaksa la pakai madu yang beli kat shopping complex je) dan kicap (alamak kicap dah nak habis.....)

Saturday, May 5, 2012

Hang Kebun a.k.a Mcgyver

 Rasa bertuah dan beruntung dapat abang ipar yang rajin dan tak boleh duduk diam. Selepas kedua-dua kakak dan abang ipar berpencen beberapa tahun lepas mereka berpindah balik ke kampung dari Kuala Lumpur untuk  menjalani kehidupan di kampung selepas sekian lama bermastautin di KL.
Abang memang seorang yang tak boleh duduk-duduk sesaja untuk menghabiskan waktu....setiap saat ada saja perkara yang mesti dilakukan. Di kampung sebelum urusan membeli rumah selesai mereka duduk di rumah pusaka kami yang hanya didiami oleh anak saudara (emak memelihara dia sejak lahir lagi sebab kakak meninggal selepas melahirkannya kerana sakit sejak mengandung). Selepas emak meninggal tanggungjawab saya menjaganya kerana dia tergolong dalam golongan anak istimewa. Walaupun umur sudah menjangkau hampir 40 tahun tapi tidak pandai menilai orang yang bersikap tidak jujur padanya.

Selepas saya membina rumah sendiri , berdekatan dengan rumah pusaka dia dipertanggungjawab menjaga rumah itu bimbang dimakan anai-anai jika tidak ditunggu. Sepanjang mereka tinggal disitu , maka abanglah yang menlandscaping(hehehe mencemarkan bahasa) kawasan rumah a.k.a kebun saya.

Apabila mereka berpindah ke rumah baru mereka yang dibeli tidak jauh dari rumah saya. Rumah semi-D faham-faham sajalah kawasan kelilingnya , bagi abang dalam seminggu saja dah habis dipugar dan dicantikkan.  

Maka bermulah agenda baru mereka sekeluarga...setiap hari abang akan datang kebun saya untuk menajalankan aktivitinya sampai petang , lepas maghrib or sometimes sampai isyak baru dia balik rumah...kakak yang kesunyian di rumah pun akhirnya ikut sekali. So rumah cantik hanya untuk balik tidur saja.....hehehehe...alhamdulillah. Maka inilah hasilnya......

Hang Kebun transform jadi Mcgyver sedang repair wheelbarrow , suruh beli baru tak nak  , katanya masih boleh guna nih.....selamat duit haku ekekekeke


Hasil yang terkini ialah buah avocado , ini adalah buah yang ketiga luruh...

Friday, May 4, 2012

Musée du Louvre , Paris

Ke Museum De Louvre adalah pengalaman yang tak boleh dilupakan , kesenian zaman Medieval Renaissance adalah sangat halus dan mengagumkan...salah satu muzium terbesar  serta mencatat pengunjung paling ramai di dunia terletak di Istana De Louvre.


Di sini ditempatkan gambar Monalisa yang dikatakan mempunyai senyuman paling manis pada abad itu..






With important figure in London....

Seronoknya pergi London musim summer dengan cuaca yang nyaman , bunga berkembangan dan sempat pulak berposing dengan orang kenamaan dan yang terkenal semasa di sana... tapi janganlah salah persepsi le pulak... cuma bergambar dengan patung saja kat Madame Tussaud hehehe..

Jom berkenalan dengan diorang....

Royal family.......

Pewiiitt...dengan Tom Kurus

Leonardo Di Caprio....sukanya diaaaa

Thursday, May 3, 2012

Hati-hati di jalanraya

   Patut rasanya dikongsi pengalaman pertama dan satu pengajaran untuk dijadikan iktibar bagi semua anak-anak yang baru setahun jagung mendapat lesen memandu.
    Kejadian ini berlaku hampir 5 - 6 bulan yang lalu. Anak ke-3 yang baru saja menghabiskan foundation untuk ke IPT dan sedang bercuti meminta kebenaran ke perjumpaan alumni rakan-rakan seasrama di sekolahnya. Memandangkan untuk kesana agak jauh dan sukar mendapatkan kenderaan , saya membenarkan dia menggunakan Kembara saya yang jarang-jarang digunakan kerana tuannya sudah mendapat kereta baru. Pada awalnya terfikir juga untuk menjualnya tapi kerana memikirkan banyak jasanya pada kami sekeluarga dan tidak ada langsung kerenah , rasa sayang pulak. Jadi ia hanya digunakan apabila anak-anak balik bercuti semester Universiti masing-masing.
   Nak dijadikan cerita semasa di highway selepas Tol Simpang Empat dalam kawasan Pedas kereta buat hal. Katanya enjin ada bunyi (maybe bunyi timing belt kot), jadi dia pun berhenti di tepi highway. Padahal tak tau apa-apa pun pasal kereta. So ada lah seorang mamat ni berhenti menanyakan masalah. So rekomenlah anak saya untuk ditarik kereta ke worksyop. Katanya tak mahal ni kalau nak repair cuma dalam RM 80/=
     Yang si bujang saya ni pun setujulah tanpa menelefon kami dahulu. Padahal kalau dia telefon PLUS bukan jauh pun nak dihantar kereta ke Tol Spg Empat. Akhirnya kereta ditarik sampai ke worksyop di NILAI 2. 
Seterusnya inilah yang berlaku....... MALANG SUNGGUH..


Wednesday, May 2, 2012

Orkid-orkid ku..

Semenjak kesungguhan Hang kebun yang ku hormati dan sayangi  memulihara dan membaikpulih semua orkid-orkid yang telah ku biarkan kerana merajuk , hati kembali terubat apabila melihat sebilangan besar orkid-orkid tersebut mengeluarkan bunga-bunga yang mekar..

Jom cuci mata...


Akhirnya berbunga juga dia selepas hampir setahun dibiarkan berlonggok di bawah pokok rambutan kerana tuannya merajuk bila permintaan dibaikki para yang menempatkan orkid-orkid tu runtuh  tak diendahkan....

Tuesday, May 1, 2012

Di Zoo Melaka


Awal tahun ni kena bawa pelajar ke zoo Melaka untuk lawatan projek Kelab Pencinta Filem. Dah agak lama juga tak pergi ke zoo di Air Keroh tu. Walaupun dekat tapi dek kesibukan dan kesuntukan masa lawatan ke zoo tak pernah masuk dalam agenda. Agak kagum dengan perkembangan zoo yang dah banyak peningkatan dari bilangan penghuninya , landscaping dan juga pengurusan. Binatang-binatang di situ kelihatan sihat dan kekenyangan , mungkin kami sampai baru saja diberi hidangan istimewa...Jom let's go strolling...

Maaflah gambar tak berapa cantik sebab guna handphone....camera tertinggall..

Masuk aje ke dalam kita disambut oleh berbagai jenis burung yang berwarna-warni....