Saturday, May 5, 2012

Hang Kebun a.k.a Mcgyver

 Rasa bertuah dan beruntung dapat abang ipar yang rajin dan tak boleh duduk diam. Selepas kedua-dua kakak dan abang ipar berpencen beberapa tahun lepas mereka berpindah balik ke kampung dari Kuala Lumpur untuk  menjalani kehidupan di kampung selepas sekian lama bermastautin di KL.
Abang memang seorang yang tak boleh duduk-duduk sesaja untuk menghabiskan waktu....setiap saat ada saja perkara yang mesti dilakukan. Di kampung sebelum urusan membeli rumah selesai mereka duduk di rumah pusaka kami yang hanya didiami oleh anak saudara (emak memelihara dia sejak lahir lagi sebab kakak meninggal selepas melahirkannya kerana sakit sejak mengandung). Selepas emak meninggal tanggungjawab saya menjaganya kerana dia tergolong dalam golongan anak istimewa. Walaupun umur sudah menjangkau hampir 40 tahun tapi tidak pandai menilai orang yang bersikap tidak jujur padanya.

Selepas saya membina rumah sendiri , berdekatan dengan rumah pusaka dia dipertanggungjawab menjaga rumah itu bimbang dimakan anai-anai jika tidak ditunggu. Sepanjang mereka tinggal disitu , maka abanglah yang menlandscaping(hehehe mencemarkan bahasa) kawasan rumah a.k.a kebun saya.

Apabila mereka berpindah ke rumah baru mereka yang dibeli tidak jauh dari rumah saya. Rumah semi-D faham-faham sajalah kawasan kelilingnya , bagi abang dalam seminggu saja dah habis dipugar dan dicantikkan.  

Maka bermulah agenda baru mereka sekeluarga...setiap hari abang akan datang kebun saya untuk menajalankan aktivitinya sampai petang , lepas maghrib or sometimes sampai isyak baru dia balik rumah...kakak yang kesunyian di rumah pun akhirnya ikut sekali. So rumah cantik hanya untuk balik tidur saja.....hehehehe...alhamdulillah. Maka inilah hasilnya......

Hang Kebun transform jadi Mcgyver sedang repair wheelbarrow , suruh beli baru tak nak  , katanya masih boleh guna nih.....selamat duit haku ekekekeke


Hasil yang terkini ialah buah avocado , ini adalah buah yang ketiga luruh...



Avocado selepas dibelah...besarnya biji...kakak kata semalam dia blend avocado 
dengan ais campur sedikit susu .....sedap.....alamak teringat minum 
air alpokad (slang Indonesia) dengan krim coklat 
semasa di Bandung...slurrrppp
Buah yang ada di atas pokok...
Ni buah dragonfruit hasil tangan hang kebun....

Pokok dragonfruit..
Lagi barisan pokok dragonfruit


Pokok dan buah markisa...tak terhabis makan....sape nak meh le datang ambil ,
abang mesti beri free punya...


Pokok markisa yang dah tak mampu ditampung junjungnya...
Ni pokok kuinin yang ayah tanam , anak cucu dapat merasa ....tapi buah tak berapa elok ,
nasiblah kenkadang ok nasib tak baik busuk...sambal belacan sedap wei
Tupai pun tumpang sekaki....
  
Pagar pun nak juga...
Pokok pisang pendek......buah tak tertampung dek pokok...

Aik , bila pulak si Ning menempel kat atas batu tuh.....gila glemer betul
Ni nenas apa le pulak yang abang aku tanam nih....
Ni percubaan terbaru , tanam terung telunjuk kat batang pokok cempedak...

Ni pokok limau purut....ei Nemo ko pun gila glemer jugak..di kiri tu baru tanam pokok durian ......pokok yang sedia ada
telah dipanah petir.....agaknya merajuk sebab anak-anak tak berapa suka makan durian jadi bunuh diri kat petir macam cerita batu belah batu betangkup

Ni pokok delima yang tumbuh sendiri di tepi sudut rumah  , pokok induk  dulu  akak tanam di belakang rumah , kalau dah cukup masak memang manis , merah isinya....mungkin bijinya dicicirkan burung kat sini dan bercambah....Hang Kebun pun apa lagi , dibelanya lalu tumbuh membesar sampai macam ni.....

Pokok betik jantan pun ada kat kebun akak ni ,  ni  pun mungkin disemai dek burung....



Di bawah ni semua pokok yang ditanam dibelakang rumah.....
Barisan pelbagai jenis pisang...

Yang ni pulak bermacam jenis nenas..

Pokok longan yang mula berbunga.....baru prasan pokok pinang haku dah tinggal tunggul...ni sume takut longan tu dinaungi......tak apalah hang kebun....janji kita sama-sama merasa ...hehehehe pokok jambu yang dibelakang tu pun nampaknya jadi mangsa jugak le tu....dah dicantas

Yang ni pokok durian belanda ....macam tak cukup zat je ...tapi berbuah tak putus ....mungkin dinaungi pokok jambu tadi..

Pokok bunga kantan....mak saudara dengan sepupu yang rumah kat belakang tu selalu jugak
tumpang  semulut....ish ish ish


Pokok terung asam....budak-budak sekarang tak kenal ni... haaa  yang ni tumbuh sendiri...banyak juga dalam kebun akak ni , kalau yang dah masak tu buat sambal belacan ....uissshhh



Ini koleksi terkini Hang Kebun , bapa saudara beri benih , pokok buluh rebung madu...
bamboo shoot yang boleh dimasak lauk atau digoreng

Buluh ni tak ada miang buluh ....bapa saudara tanam di depan  pintu sliding  rumah dia sebagai pokok hiasan juga ,
memang cantik...

Ni kawasan nurseri Hang Kebun , tempat dia menyemai benih-benih pokok...

Hang Kebun sedang meneruskan kerja membaikpulih  kereta sorong di nurserinya...

Terima kasih sesangat pada abang ngan anak saudara yang sama-sama menjaga kebun dan rumah pusaka yang ku warisi dengan jujur ikhlas.....sama-samalah kita manfaatkan hasil keringat kedua arwah ibubapa kita
semoga mereka aman dan tenang disana...Al-Fatihah

Tak lupa juga nak beritahu sebenarnya nama Hang Kebun tu kakak yang anugerahkan pada kedua-duanya....hahahahaha...

1 comment: