Sunday, May 20, 2012

Fettucini carbonara.....pun campak-campak je

Dah lama juga tak makan fettucini carbonara ni. Hari ni macam teringin pulak. Tengok stok di dapur tu ada bahan-bahan nak masak fettucini kecuali udang. So bersiap kejap nak pergi shopping udang di Tesco Cheng. Alhamdulillah ada , dan cantik-cantik pulak tu , sekilo dalam RM16.00. Beli lebih-lebih sikit , untuk masak lauk esok. So jom main campak-campak je...

First sekali , masak air dalam rice-cooker...

Masukkan garam (secukup rasa...ikut kuantiti fettucini) dan minyak dalam air tu... sementara tunggu air panas sediakan bahan tumis..

Fettucini dalam setengah bungkus.



Air dah panas masukkan fettucini.

Sekali-sekala  kacau supaya tak melekat...

Biarkan mendidih sekejap..


Ni petua baru dapat dalam youtube...student-student obersea kita cakap kalau nak tau  spaghetti ke fettucini ke dah masak ke belum , campakkan kat dinding , kalau melekat itu tanda dah masak....hahahahaha. Yang kat dinding tu try eksperiment le tu..berjaya nampaknya. (kalau dinding kayu  jadi tak???...hihihi)

Dah masak angkat dan toskan...lupa pulak nak ambil gambar masa toskan fettucini tu..

Akak selalu guna cream jenis ni....ok laa
Bahan-bahan dia tak banyak ....simple je   bawang putih , cendawan butang yang dalam tin..



Perencah udang..

Panaskan minyak...

Masukkan bawang putih..

Bila bawang dah kemerah-merahan sikit , baru masukkan cream cabonara...

Kuantiti cream ni pun ikut kuantitit fettucini...tambah air sikit supaya tidak terlalu pekat bila sudah dicampurkan fettucini nanti..

Bila dah mendidih krim tu masukkan cemdawan..

Masukkan cendawan.

Kacau biar sampai sebati..

Bila dah mendidih dan likat .....

Masukkan udang...

Kacau dalam beberapa minit..(agak-agak sampai udang tu dah kemerah-merahan...jangan terlalu lama takut udang tu keras isinya.

Masukkan fettucini...

Gaulkan....

Agak-agak dah sebati tutup api.

Wallaa.....nice to be eaten hot

Sodap dimakan paneh-paneh...


Selamat mencubaa...


4 comments:

  1. Haha! Suka suka je dia baling ke dinding. Tengok le masa yang tertera di paket pasta tu. Pasang timer, bila bunyi dah al dente le. Tapi nampak sodap carbonara segera kak june! :)

    ReplyDelete
  2. credit kt tukang masak xde??hikhikhikkk

    ReplyDelete
  3. bila nak ajak wa makan kak..hehehe

    ReplyDelete
  4. Ani , meh le bila-bila masa je boleh...hello hello lah dulu

    ReplyDelete