Semenjak kesungguhan Hang kebun yang ku hormati dan sayangi memulihara dan membaikpulih semua orkid-orkid yang telah ku biarkan kerana merajuk , hati kembali terubat apabila melihat sebilangan besar orkid-orkid tersebut mengeluarkan bunga-bunga yang mekar..
Jom cuci mata...
 |
Akhirnya berbunga juga dia selepas hampir setahun dibiarkan berlonggok di bawah pokok rambutan kerana tuannya merajuk bila permintaan dibaikki para yang menempatkan orkid-orkid tu runtuh tak diendahkan.... |
 |
Salah satu drpd my favourite... tak putus berbunga , bila satu tangkai mula luruh akan mula bertunas tangkai yang baru...
|
 |
Barisan-barisan orkid yg sentiasa berbunga.. |
 |
Selain orkid bunga bebawang ni pun cantik juga....
|
 |
Bunga raya sekarang ni pun banyak dah spesies-spesies yang menarik dan bunganya besar-besar..
Oklah setakat ni dulu , walaupun banyaknya lagi bunga-bunga yang nak dikongsi bersama tapi connection malam ni slow le pulak...so maybe next time..
|
No comments:
Post a Comment