Monday, May 7, 2012

Jom masak , campak-campak je....

Semalam selepas beberapa lama dapur tak berasap terasa pulak nak makan hasil air tangan sendiri. Biasanya kami (saya dan sibujang saya yang cuti semester) makan kedai saja , tapi rasa dah jemu pulak asyik makan kedai saja. Buka peti ais , ada ayam sebungkus yang dibeli beberapa hari lalu , tujuan nak buat chicken chop , tapi kalau semua famili ada bersama seronok juga tapi tinggal berdua ni malas le pulak. So chicken chop dah bertukar ke sambal goreng kicap bermadu (HONEY ye bukan yang lagi satu tuh...hehehehe) menu yang sangat disukai oleh semua ahli keluarga....

Ok , jom le kita ke dapur memasak....campak-campak aje kata orang dedolu...


Sediakan bahan , bawang merah , halia , bawang putih (untuk penumis) sepatutnya ada serai dua tiga batang tapi kat luar tu hujan le pulak , so ape yang ada lah.. (kalau ada serai ketuk-ketuk je dengan anak lesung)
Lagi bahan , cili kering dikisar dan bawang besar..
Madu (dulu ada orang asli datang jual madu dari hutan yang asli dan sedap sekarang dah lama dah dia tak datang so terpaksa la pakai madu yang beli kat shopping complex je) dan kicap (alamak kicap dah nak habis.....)



Cuci ayam bersih-bersih dan tos (jangan lupa selawat masa cuci eh...)

Bila air dah tos , gaulkan ayam dengan garam dan kunyit...


Panaskan minyak untuk goreng ayam....(Ni kuali kesayangan, kuali yang 7lapis ke 12 lapis ke tak mainnya ,  walaupun hubby membebel suh pakai kuali tu , tetap nak pakai yang ni jugak..hikhikhik)

Bila minyak cukup panas masukkan ayam dan goreng hingga  garing..(pasan tak  gambar kuali ni sebelah je...sebenarnya nak sorok tangkai yang kanan tu dah tercabut , nak gi hantar pateri balik takdo maso...hahahaha)

Ayam yang dah siap goreng
Minyak goreng ayam tadi keluarkan dan tinggalkan secukupnya untuk menumis  bawang merah , bawang putih dan halia tadi..

Bahan penumis digoreng hingga naik bau...

Kemudian masukkan cili kisar secukupnya mengikut berapa banyak ayam kita....tapi kalau famili suka makan sambal  letak je , besok kalau ada lebih boleh buat cicah kuih kodok ke lempeng ke ...ok gak. Tumis cili tadi hingga garing lebih kurang 5 ke 8 minit....


Agak-agak dah garing , masukkan ayam goreng tadi..

Kacau hingga sebati..kalau ada serai masukkan lah masa ni..

Masukkan kicap masin...(saya tidak berapa gemar kicap manis dan rasanya tak sesuai guna kicap manis kot sebab nanti kalau dah letak madu terlalu manis le pulak)

Gaulkan kicap hingga rata ...rasalah agak-agak kalau tak cukup tambah lah ikut rasa...

Lepas tu masukkan bawang besar , dan kacau..

Last sekali masukkan madu dalam 2 sudu...

Gaulkan dan rasalah garam..jangan masin sangat ....darah tinggi wei

Taddaaa...siaaapp.. makan nasi kawankan dengan kobis masak lemak putih pecah lada hitam....sodaaappp


No comments:

Post a Comment