Monday, April 30, 2012

Sweet memory ....'Cliffs of Moher'




Selepas lebih 2 tahun menyepi , semangat kembali tersentap selepas terjumpa blog Blues Rider yang kreatif dan  sangat bermanafaat untuk rujukan saya sebagai seorang pendidik. Firstly , nak share pengalaman semasa lawatan ke Galway , Ireland. Pemandangannya bagaikan masa zaman 60an dahulu , tapi bagi anak pula adalah kehidupan yang membosankan.
Berhenti rehat sebentar di tepi pantai yang sejuk , sempat berposing sebelum meneruskan  perjalanan.
Tiang elektrik masih lagi diperbuat daripada batang kayu , bukitnya dipenuhi dengan batu , mungkin sebab itu semua kawasan di Galway dipagar kawasan masing-masing hanya dengan menyusun batu-bata sebagai pagar sempadan masing-masing.
Berposing di kawasan 'Land of the Marram Grass'.......awesome scenery

Posing ngan kete sewa......glem wei

Di tebing Cliffs of Moher tersangat indah dan mengerikan...sayup klau lihat ke bawah..

Tebing yg sama tanpa penghadang pandangan hehehe...

Dari satu lagi sudut yg menakjupkan...


And more...

Lembu-lembu yang sentiasa kekenyangan... di belakang tu kedai-kedai souvenir yang dibina dalam bukit...

Cliffs of Moher di kelilingi padang ragut.....bau semerbak baja  najis lembu menusuk hidung...

More beautiful sceneries on the way back to Galway..
Bunga berkembang sepanjang jalan..


Satu hari suntuk berjalan , perut pun berkeroncong......singgah kedai tok  Arab makan chicken kebab with cappuccino....banyaknye tak terhabis makan ...should order satu set je kongsi makan dua org.


Cliffs of Moher bilalah dapat pergi lagi....rasa menyesal pulak tak sempat singgah istana-istana lama yang banyak bertaburan di sepanjang perjalanan ke-sana....Katanya di istana-istana tu banyak dibuat pengambaran untuk filem-filem Harry Poter...

No comments:

Post a Comment