Semalam semasa sedang jahit langsir tuk bangunan baru tempat kerja , kawan telefon ajak gi kursus jangka pendek jahit langsir di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Tanpa fikir panjang terus setuju sebab selama ni jahit langsir main hentam je , janji ada rupa langsir. So arini pas subuh terus bersedia tuk gi , selalunya cuti-cutinya lepas subuh sambung balik tidor. Mula kursus kul 8 pagi , terpaksa bersiap awal.
Projek kali ni jahit scallop dengan swag untuk pintu.
geng sedang menunggu cikgu datang
sedang tekun membentuk scallop , kat depan tu swag yg dah siap dilipat....
Walllllaaa ....My first masterpiece hehehe .... amacam boleh cari makan tak .......
Harap kawan-kawan dapat sama-sama manfaatkan cara-cara memotong pola dari bahan yang baru saya update ni....
. |
gambar kenangan dengan cikgu.... thanks Puan Haslinda ....
Untuk kawan-kawan yang berminat , Kolej Komuniti Bukit Beruang menawarkan bermacam-macam kursus jangka pendek seperti menjahit manik , jahit tudung Ikin , membuat kek dan apa saja. Kalau ada yang berminat kumpul le geng sekurang-kurangnya 10 orang satu kumpulan. Bayaran sangat berpatutan RM20 seorang untuk satu sessi (dari 8pg hingga 1 tgh) sampai petang pun boleh tapi tambah sikit kot yurannya. Kalau nak suruh diorang sedia makan boleh bincang dengan diorang.
Ok geng kalau berminat contact : 06 - 2332770 atau 06 - 2332805
UP : Pn. Wati / Pn Roslina
Just call diorang kemudian bincang....
Kalau nak attend kursus tapi tak cukup geng just call diaorang kata nak kursus yg kita hendak. Kalau ada mana-mana kumpulan yang buat kursus yang kita nak tu dia akan masukkan kita sekali.
Selamat menuntut ilmu.......
wa..pandai ar..akakku jahit scallop..buleh tompah ni...
ReplyDeletehehehe , no problem , blajau je jahit sndrik bukannye susah , kak bley kasi pelan/pola n tusyen sesikit hihihihi...
ReplyDeletewaaa..pegi sonyap2 yo ..
ReplyDeletelain kali, calling2 le ceq kat sini.