Monday, May 21, 2012

Asam Pedas Tumis ....



Semenjak dua menjak ni selera ni asyik nak makan asam pedas je. Dalam satu dua minggu nampaknya dah berapa kali dah ni masakasam pedas. Jadi teringin juga nak kongsi resepi orang dulu-dulu  masak asam pedas tumis dari Melaka. Tak susah pun main campak-campak je....hehehe..

Ok jom kita ke dapur...




Bahannya ialah seketul belacan (ni buatan tangan industri kg dr Melaka , banyak dijual di pasar borong RM2.50 satu ketul kalau beli banyak dpt le murah) bawang merah , bawang putih dan sedikit lada hitam (kalau suka pedas lebih menyengat tambah le ikut suka hati)

Sunday, May 20, 2012

Fettucini carbonara.....pun campak-campak je

Dah lama juga tak makan fettucini carbonara ni. Hari ni macam teringin pulak. Tengok stok di dapur tu ada bahan-bahan nak masak fettucini kecuali udang. So bersiap kejap nak pergi shopping udang di Tesco Cheng. Alhamdulillah ada , dan cantik-cantik pulak tu , sekilo dalam RM16.00. Beli lebih-lebih sikit , untuk masak lauk esok. So jom main campak-campak je...

First sekali , masak air dalam rice-cooker...

Masukkan garam (secukup rasa...ikut kuantiti fettucini) dan minyak dalam air tu... sementara tunggu air panas sediakan bahan tumis..

Fettucini dalam setengah bungkus.

Wednesday, May 9, 2012

Khazanah peninggalan emak...

Sedang mencari sesuatu dalam almari tiba-tiba terlihat satu kotak yang dah lama diletakkan di situ. Mula-mula tertanya-tanya juga apalah pulak dalam kotak ni sebab dah lama sangat terletak dalam almari tu. Bila dibuka terasa sayu le pulak....rupa-rupanya barang-barang yang lama dah disimpan. Inilah peninggalan mak..dulu mak kata , masa anak-anak dara yang sedang bertunang akan dikerah oleh emak masing-masing untuk membuat sendiri barang-barang perhiasan bilik pengantin dari hasil tangan sendiri. Rupa-rupanya dulu-dulu kerja tangan tekat-menekat telah lama dilakukan di Melaka (ingatkan Perak saja yang ada kesenian tekat-menekat ni) , tapi mungkin kerana kurang diberi perhatian tentang pentingnya khazanah lama ini diturunkan maka perkara-perkara yang begitu tinggi nilai seninya pupus begitu saja.

Tak tau buat apa dengan khazanah ni jadi disimpan aje , dulu masa kahwin ada juga gunakan dua keping daripada tekat yang kecil tu buat bantal letak tangan masa bersanding. Sekarang entah mana perginya tak dapat dikesan....

So...jom kita susuli jalan kenangan...

Dalam kotak kasut je...
Digulung dengan kemas ,tak tau cara menyimpan dengan betul..

Monday, May 7, 2012

Jom masak , campak-campak je....

Semalam selepas beberapa lama dapur tak berasap terasa pulak nak makan hasil air tangan sendiri. Biasanya kami (saya dan sibujang saya yang cuti semester) makan kedai saja , tapi rasa dah jemu pulak asyik makan kedai saja. Buka peti ais , ada ayam sebungkus yang dibeli beberapa hari lalu , tujuan nak buat chicken chop , tapi kalau semua famili ada bersama seronok juga tapi tinggal berdua ni malas le pulak. So chicken chop dah bertukar ke sambal goreng kicap bermadu (HONEY ye bukan yang lagi satu tuh...hehehehe) menu yang sangat disukai oleh semua ahli keluarga....

Ok , jom le kita ke dapur memasak....campak-campak aje kata orang dedolu...


Sediakan bahan , bawang merah , halia , bawang putih (untuk penumis) sepatutnya ada serai dua tiga batang tapi kat luar tu hujan le pulak , so ape yang ada lah.. (kalau ada serai ketuk-ketuk je dengan anak lesung)
Lagi bahan , cili kering dikisar dan bawang besar..
Madu (dulu ada orang asli datang jual madu dari hutan yang asli dan sedap sekarang dah lama dah dia tak datang so terpaksa la pakai madu yang beli kat shopping complex je) dan kicap (alamak kicap dah nak habis.....)

Saturday, May 5, 2012

Hang Kebun a.k.a Mcgyver

 Rasa bertuah dan beruntung dapat abang ipar yang rajin dan tak boleh duduk diam. Selepas kedua-dua kakak dan abang ipar berpencen beberapa tahun lepas mereka berpindah balik ke kampung dari Kuala Lumpur untuk  menjalani kehidupan di kampung selepas sekian lama bermastautin di KL.
Abang memang seorang yang tak boleh duduk-duduk sesaja untuk menghabiskan waktu....setiap saat ada saja perkara yang mesti dilakukan. Di kampung sebelum urusan membeli rumah selesai mereka duduk di rumah pusaka kami yang hanya didiami oleh anak saudara (emak memelihara dia sejak lahir lagi sebab kakak meninggal selepas melahirkannya kerana sakit sejak mengandung). Selepas emak meninggal tanggungjawab saya menjaganya kerana dia tergolong dalam golongan anak istimewa. Walaupun umur sudah menjangkau hampir 40 tahun tapi tidak pandai menilai orang yang bersikap tidak jujur padanya.

Selepas saya membina rumah sendiri , berdekatan dengan rumah pusaka dia dipertanggungjawab menjaga rumah itu bimbang dimakan anai-anai jika tidak ditunggu. Sepanjang mereka tinggal disitu , maka abanglah yang menlandscaping(hehehe mencemarkan bahasa) kawasan rumah a.k.a kebun saya.

Apabila mereka berpindah ke rumah baru mereka yang dibeli tidak jauh dari rumah saya. Rumah semi-D faham-faham sajalah kawasan kelilingnya , bagi abang dalam seminggu saja dah habis dipugar dan dicantikkan.  

Maka bermulah agenda baru mereka sekeluarga...setiap hari abang akan datang kebun saya untuk menajalankan aktivitinya sampai petang , lepas maghrib or sometimes sampai isyak baru dia balik rumah...kakak yang kesunyian di rumah pun akhirnya ikut sekali. So rumah cantik hanya untuk balik tidur saja.....hehehehe...alhamdulillah. Maka inilah hasilnya......

Hang Kebun transform jadi Mcgyver sedang repair wheelbarrow , suruh beli baru tak nak  , katanya masih boleh guna nih.....selamat duit haku ekekekeke


Hasil yang terkini ialah buah avocado , ini adalah buah yang ketiga luruh...