Sunday, June 24, 2012

Berkelah...suka-suki je makan-makan di padang TKC

Pejam-celik , pejam-celik tak perasan masa berlalu cepat sekali. Hari ini masak-masak bersungguh sikit sebab nak pergi ke asrama anak untuk makan-makan bersama. Rasanya baru lagi mendaftarkan dia masuk Tingkatan 1 di situ , sekarang dah Tingkatan 5 , rasanya macam sekejap sangat.

Pada awalnya anak suruh bawa chicken chop je untuk makan-makan tapi rasanya kalau sampai sana tentu dah sejuk....so tukar recipe buat Hainanese Chicken Rice saja...tapi tak sempat nak ambil gambar untuk tunjuk cara-cara sediakannya....maybe next time...

Jom....kita berkelah......

Sebelum bergerak ke Seremban tak lupa sedulang untuk Hang Kebun , hari ni tinggal Hang kebun 2 , Hang kebun 1 sibuk mengemas rumah dia agaknya sebab minggu depan nak kenduri...


Saturday, June 16, 2012

Album lama....suka suki berposing

Tengah-tengah malam ni mata tak mengantuk lagi , terpandang album lama yang diambil dari rumah mak. Sambil membelek gambar terasa syahdu la pulak bila tengok orang kampung yang masa tu masih muda belia lagi berposing , nak geli hati pun ada jugak...


Mari kita kongsi tengok beberapa gambar nostalgia dengan berbagai posing...


Album ni kakak ke- 2 dapat semasa perkahwinannya.
                                 
 
Gambar dikulit depan ni adalah gambar orang yang menghadiahkan album tu , Encik Ramlan Omar dari P.O. Box 43 Muar.

Wednesday, June 13, 2012

Sup sedap....suka suki je pilih.

Tiap-tiap kali pergi beli barangan keperluan di MYDIN Air Keroh Melaka perkara wajib selepas berbelanja ialah menjamu selera di Food Court. Kalau dulu masuk je ke food court jadi termangu-mangu sebab tak tau nak pilih makanan yang terlalu banyak nak dipilih. Sekarang ni kalau di sini mesti terus tuju ke gerai  'ANEKA SUP' sebab ada bermacam-macam jenis sup yang boleh dipilih dan sedap pulak tu. Ada sup ekor , sup ayam , sup tulang , sup gear box dan sup itu boleh dicampur dengan mee ke , kuey teow ke..ikut kreativiti selera kita. Beberapa bulan lepas ada pengedil , sedap juga dicampur dalam sup tu tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Bila di tanya , katanya orang yang membuat pegedil tu sudah berhenti kerja buat sementara ni belum dapat lagi penggantinya...adoi....belajarlah kan buat pegedil tu bukan susah sangat...ececece hehehehehe...

Meh kita cuci mata , biar terliur ....

Sup gear box ...sedap dimakan dengan nasi putih  bersama sambal belacan..harga pun tak mahal sangat kalau tak salah dalam RM8.00 je semangkuk.
Ni gerainya....


Pilih-pilih je bermacam-macam jenis sup....


 Terasa macam nak pergi makan sekarang....tapi tak boleh selalu makan sup ni wei....darah naiiikkkk mencanak....hahahahaha..








Tuesday, May 29, 2012

Mugs collection...

Sedang membelek barang-barang lama dalam almari peninggalan mak dirumah pusaka tadi , bermacam-macam jenis pinggan mangkuk cawan-cawan dan bekas-bekas tembaga terdapat di dalamnya. Sebelum diambil gambar untuk di muatkan di sini untuk berkongsi keunikkan barangan ini dengan kawan-kawan terpaksa dicuci terlebih dahulu barangan itu. Maklum sajalah dah bertahun dalam almari tu , jadi keadaannya pun penuh diselaputi  habuk. 

Kalau nak tunggu dicuci dan dilap hingga kering malaslah pulak. Jadi , kita cuci mata dulu dengan mug-mug yang tak berapa kotor , cuma dilap saja dengan kain. Mug-mug ni bukan collection mak ni , tapi kepunyaan kakak yang tidak dibawa ke rumah baru....tapi ada satu dua tu mak punya , sebab rasa tak sabar nak keluarkan disini iaitu gelas polis dan NAAFI tu.

Mari kita tengok....


Akhirnya....suka suki je dia..

Ingat lagi tak posting yang terawal tentang bunga-bunga orkid akak yang telah dipulihara semula oleh Hang Kebun. Kebanyakkan pokok-pokok orkid tu semua mengeluarkan bunga-bunga dengan seikhlasnya dan beberapa pokok pula macam hendak tak hendak saja. Satu pokok ni langsung tidak menunjukkan semangat nak keluarkan bunga , tapi baru-baru ni terperanjat tengok tiba-tiba bunga yang dihasilkan telah berkembang dengan cantiknya , menunjukkan tuannya sudah lama tidak membelek orkid. Agaknya sudah hilanglah merajuknya tu sebab dicampakkan bawah pokok rambutan dulu selepas beberapa lama dipujuk Hang Kebun akhirnya lembut juga hati si orkid tu...

Mari kita cuci mata....

Suka tengok warnanya yang terang.




Lepas ni nanti mama beli pasu baru eh...sayaaannnggg hehehe..

Cantikkan???