Saturday, June 16, 2012

Album lama....suka suki berposing

Tengah-tengah malam ni mata tak mengantuk lagi , terpandang album lama yang diambil dari rumah mak. Sambil membelek gambar terasa syahdu la pulak bila tengok orang kampung yang masa tu masih muda belia lagi berposing , nak geli hati pun ada jugak...


Mari kita kongsi tengok beberapa gambar nostalgia dengan berbagai posing...


Album ni kakak ke- 2 dapat semasa perkahwinannya.
                                 
 
Gambar dikulit depan ni adalah gambar orang yang menghadiahkan album tu , Encik Ramlan Omar dari P.O. Box 43 Muar.



Gambar-gambar pada muka surat pertama , kertas album ni pun dah bertukar warna dah...

Gambar kahwin kakak semasa pergi bertandang rumah pengantin lelaki...agaknya orang dulu-dulu kalau kahwin mesti berposing dengan cermin mata hitam eh?? hihihihi

Penganti lelakinya...cermin mata hitam lagi...

Alamak kene pakai sari le pulak...kasihan kakak...

Yang ni pengantin mana pulak ni.....tak kenal..

Posing paling mengancam abad itu...

Gambar bapak...

Lagi gambar bapak...

Ada pulak gambar artis terselit dalam banyak-banyak gambar tu....Saadiah Ahmad Daud.

Yang ini Saadiah dengan anaknya Ogy masa kecil....

Wah bukan main riang lagi makwe-makwe ni dapat posing dengan Ahmad Daud...

Hahahaha...yang ni bujang kampung masa dulu-dulu , kalau tak salah yang paling kanan sekali tu Imam Bakar , mengancam betul imam kita , ni yang depan yang mengacau daun ni Zul Giant yang belum transform lagi , yang bujang pakai selipar tu agaknya Abang Ahmad abang sulung  YB Yassin yang dua tu tak berapa kenal....

Yang ni gambar mak dan pak saudara , Pak Lang Man , Bibik Yam dengan Mak Itam Erah dengan seorang sepupu.

Bapak ku yang handsome..

Yang ni abang Man sempat berposing selepas memanjat pokok langsat depan rumah , ingat lagi masa tu , cuba tengok poket dia penuh dengan buah langsat masam....

Yang ni tak kenal , posing maut ....

Emak kesayangan sedang menolong rumah Ngah Koda semasa kenduri kahwin..

Kak Maznah dengan riangnya berposing semasa sedang menyapu halaman rumah...anak dara dulu-dulu memang rajin...


Gambar kakak ke-3 (isteri Hang Kebun) kak Timah , yang duduk sebelah kiri cikgu...background yang mahal tu ...barisan pokok getah..



Banyak lagi gambar-gambar dalam album tu yang menimbulkan nostalgia lama.....

3 comments:

  1. Lelaki tak dikenali yg berposing dgn hanya spandex itu sangat mengganggu ketenanganku.. Hahahha! LOL!

    ReplyDelete
  2. Kan kan Anajoe , jejaka-jejaki sekarang belum ada yang boleh challenge lagi...muahahahaha

    ReplyDelete