Sunday, July 1, 2012

Kenduri.....kesyukuran dan tahlil...

Memandangkan tidak berapa lama lagi semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan , maka ramailah kaum kerabat di kampung mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangannya. Tidak ketinggalan Hang Kebun dan keluarga ingin memanjatkan kesyukuran diatas segala rezeki yang dilimpahi Allah serta sama-sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan serta bertahlil bagi mengingati ahli keluarga yang telah pergi dan mendoakan mereka agar sentiasa berbahagia di sana...amin

Sama-samalah kita berkongsi suasana di rumah Hang Kebun semasa majlis tersebut...

Meja buffet...kakak masak lauk perut lemak cili padi dengan rebung , lauk yang lain semua upah , ikan sembilang sambal ada anak saudara Hang Kebun sedekah...

Khemah menjamu selera di luar...






Orang dapur...









Keletihannya orang dua beranak ni....sampai lena betul atas sofa tu....hahahahaha




Side view of the Semi-D Hang Kebun's house..



Tidak ada kerja yang nak dibuat kita duduk borak-borak ajelah..




Azad nape datang seorang saja , mana orang rumahnya...

Perghhh.....Kamal ngan keluarga sedondon oren.....











Mantan Tok Imam menjamu selera dengan geng-geng masjid...

Sila datuk makanlah apa yang boleh...





Jemput-jemput jamu selera..











Dalam dah penuh , duduk kat verandah pun ok je...

Bagus atuk ni....menjamu selera dengan cucu-cucu...





Selepas kenduri , nak kemas rumah le pulak....

Sapu bersih-bersih ye...kang mem bising...

Cepat-cepat bungkuskan makanan yang lebih untuk dibahagi-bahagikan pada tetamu untuk dibawa pulang..

Susun semula kerusi meja supaya senang bila caterer datang nanti...

Salam nak balik dah ni...

Cantiknya apam ni dan sedap juga....disedekah oleh salah seorang saudara yang datang..



Selepas khenduri bergegas ke KL untuk melawat anak-anak yang baru berpindah ke rumah sewa baru....banyak lauk yang berlebihan dibawa ke rumah kawan baik dan khenduri pula di rumahynya di Bukit Belimbing , Balakong.






Walaupun pada awalnya abang kata nak buat keci-kecilan dan panggil adik beradik dan saudara terdekat , tapi kerana abang yang memang seorang yang ramah dan senang mesra dikalangan kawan-kawan tak disangka ramai pulak yang hadir.......Alhamdulillah berkat keikhlasan abang dan kakak melimpah ruah pulak rezeki ......

Alhamdullillah semoga segala yang dibuat diberkati Allah....amin

No comments:

Post a Comment