Memandangkan tidak berapa lama lagi semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan , maka ramailah kaum kerabat di kampung mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangannya. Tidak ketinggalan Hang Kebun dan keluarga ingin memanjatkan kesyukuran diatas segala rezeki yang dilimpahi Allah serta sama-sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan serta bertahlil bagi mengingati ahli keluarga yang telah pergi dan mendoakan mereka agar sentiasa berbahagia di sana...amin
Sama-samalah kita berkongsi suasana di rumah Hang Kebun semasa majlis tersebut...
 |
Meja buffet...kakak masak lauk perut lemak cili padi dengan rebung , lauk yang lain semua upah , ikan sembilang sambal ada anak saudara Hang Kebun sedekah... |
 |
Khemah menjamu selera di luar... |