Thursday, May 24, 2012

Suka-suki je River Cruising di Melaka

Kawan lama yang sentiasa berhubung hari tu datang  rumah dengan keluarganya. Ikutkan , bukannya jauh pun , dia bermastautin di KL dan saya di Melaka. Semasa cuti sekolah dia sering balik ke Tangkak , rumah ibubapanya. Selalunya bila nak balik ke KL dia akan singgah rumah. Kali ni dia hendak membawa anak-anaknya berjalan-jalan keliling bandar Melaka. So akak suggest malam nanti pergi River Cruise di Taman Rempah Melaka. Akak suka pergi cruising waktu malam sebab lebih cantik dengan lampu yang berwarna-warni dan tidaklah panas sangat......

Jom kita bersuka-suki dengan gambar pemandangan yang dapat dilihat sepanjang river cruise tu .....



































Teringat masa kecil ikut mak pergi pasar besar Melaka , kalau naik teksi turun dekat dengan Masjid Kg Hulu mesti lalu jambatan ni turun je sampai pasar. Dulu jambatan ni dari kayu saja dan bawah jambatan ni penuh dengan bot-bot nelayan.








Ini ialah bahagian belakang surau yang dekat Kg Jawa , ingat lagi dekat dengan surau tempat paling popular untuk menjamu selera dengan satay perut , daging dan ayam paling best. Mee Kari dia juga teramatlah sedapnya.Betul-betul depan kedai satay tu seberang jalan ada cina buat terompah dibawah rumah....nostalgia betul.Sekarang ni semua tu dah takde lagi dah..

Yang ini ialah gereja St. Francis Xavier di Bandar Hilir


Ni semua dulu tempat gudang(godown) simpan barang-barang dagangan yang dibawa masuk ke Melaka melalui sungai. Sekarang dah jadi kedai barang-barang kraftangan dan cofee shop or rest house





Ini kincir air depan bangunan Stadthuys tu..

























Salah satu keistimewaan rumah Melaka ialah tangga batunya.







Ni jambatan depan Kg Morten..

Selepas naik River Cruise pergi berjalan-jalan di Kg Morten untuk melihat keadaan dengan lebih dekat lagi...tadi tengok dari dalam bot je






Ini ialah kawasan air pancut berirama . depan sedikit daripada Kg Jawa tadi..





Walaupun dah pergi beberapa kali tapi masih belum puas lagi...so kawan-kawan kalau datang Melaka jangan lupa masukkan dalam itinery tu untuk naik River Cruise.....especially waktu malam...

1 comment:

  1. g malam memag best kak.. kalu siang..aduhaiiiii...

    ReplyDelete