Rasa bertuah dan beruntung dapat abang ipar yang rajin dan tak boleh duduk diam. Selepas kedua-dua kakak dan abang ipar berpencen beberapa tahun lepas mereka berpindah balik ke kampung dari Kuala Lumpur untuk menjalani kehidupan di kampung selepas sekian lama bermastautin di KL.
Abang memang seorang yang tak boleh duduk-duduk sesaja untuk menghabiskan waktu....setiap saat ada saja perkara yang mesti dilakukan. Di kampung sebelum urusan membeli rumah selesai mereka duduk di rumah pusaka kami yang hanya didiami oleh anak saudara (emak memelihara dia sejak lahir lagi sebab kakak meninggal selepas melahirkannya kerana sakit sejak mengandung). Selepas emak meninggal tanggungjawab saya menjaganya kerana dia tergolong dalam golongan anak istimewa. Walaupun umur sudah menjangkau hampir 40 tahun tapi tidak pandai menilai orang yang bersikap tidak jujur padanya.
Selepas saya membina rumah sendiri , berdekatan dengan rumah pusaka dia dipertanggungjawab menjaga rumah itu bimbang dimakan anai-anai jika tidak ditunggu. Sepanjang mereka tinggal disitu , maka abanglah yang menlandscaping(hehehe mencemarkan bahasa) kawasan rumah a.k.a kebun saya.
Apabila mereka berpindah ke rumah baru mereka yang dibeli tidak jauh dari rumah saya. Rumah semi-D faham-faham sajalah kawasan kelilingnya , bagi abang dalam seminggu saja dah habis dipugar dan dicantikkan.
Maka bermulah agenda baru mereka sekeluarga...setiap hari abang akan datang kebun saya untuk menajalankan aktivitinya sampai petang , lepas maghrib or sometimes sampai isyak baru dia balik rumah...kakak yang kesunyian di rumah pun akhirnya ikut sekali. So rumah cantik hanya untuk balik tidur saja.....hehehehe...alhamdulillah. Maka inilah hasilnya......
|
Hang Kebun transform jadi Mcgyver sedang repair wheelbarrow , suruh beli baru tak nak , katanya masih boleh guna nih.....selamat duit haku ekekekeke |
Hasil yang terkini ialah buah avocado , ini adalah buah yang ketiga luruh...