Beads and Sequins
Cuti sekolah ni ada banyak betul jemputan kenduri kahwin. saudara-mara , kawan-kawan dan jiran-tetangga dah macam tradisi lak , bila cuti sekolah je maka ramai yang akan membuat majlis perkahwinan. Ada yang dipenuhi jemputan dan ada juga jemputan yang tak dapat dihadiri kerana ada perkara-perkara lain yang perlu diutamakan. Untuk rakan-rakan , saudara-mara dan jiran tetangga yang menjemput kak ke majlis masing-masing terima kasih dan maaf kerana ada yang kak tak dapat hadir disebabkan ada perkara-perkara lain yang tak dapat dielakkan. Cerita pasal majlis jemputan ni nak sambung le posting kak tentang WARDROBE kak aritu. Biasalah kan bila nak prgi majlis mestilah pasang badan , satu lagi design jahitan manik dan sequin pada baju yang kak pakai aritu untuk dikongsi dengan kengkawan..... O.K. tak geng .... baju kurung biasa tapi glamourkan sikit dengan blink-blink.....hihihihi...
Gambar yang ini kak tunjukkan design jahitan manik pada leher dan tangan.